Profil Kami

Profil Syarikat Sinarku Gemilang

Syarikat Sinarku Gemilang merupakan sebuah syarikat milikan tunggal dan 100% milik hak bumiputera. Syarikat ini menjalankan tiga buah institute pendidikan awal bagi kanak-kanak iaitu Taska Sinarku Gemilang, Tadika Sinarku Gemilang (MA 0151935-D) dan Pusat Jagaan Kanak-kanak Sinarku Gemilang. Tujuan penubuhan syarikat ini adalah untuk mengambil inisiatif membentuk dan mendidik kanak-kanak dari peringkat termuda bagi memperlengkapkan diri mereka demi menuju masa depan yang semakin mencabar pada era ini. Syarikat Sinarku Gemilang ini merupakan salah sebuah syarikat yang berteraskan perkhidmatan pendidikan yang terkemuka di kawasan Melaka Tengah.

Syarikat ini menyediakan pelbagai program pendidikan yang kreatif dan inovatif dan berteknologi bagi membantu kanak-kanak yang berusia antara dua bulan hingga lapan belas tahun. Syarikat ini telah Berjaya menghasil kan hampir 2000 pelajar prasekolah sejak 16 tahun beroperasi dan kesemua bekas pelajarnya Berjaya dalam akademik mahupun kokurikulum di sekolah rendah. Perkara ini mencerminkan syarikat ini mempunyai reputasi yang tinggi di kalangan pesaing-pesaing dan Berjaya meningkatkan keuntungan bersih daripada 28% pada tahun 2006 kepada 40% pada tahun 2013.

Sinarku Gemilang Berjaya menyediakan pelbagai panduan dan pembelajaran dari aspek pendidikan, kesihatan, penjagaan kanak-kanak, perkembangan dan pembangunan kanak-kanak kepada kesemua pelanggannya iaitu ibu bapa dan kanak-kanak. Di samping itu, Sinarku Gemilang membantu ibubapa untuk mereka bentuk pendidikan yang kreatif kepada anak-anak mereka dan nilai itu memberikan kelebihan persaingan di pasaran dengan pesaing-pesaing terdekatnya.

Pada awal penubuhan Sinarku Gemilang telah bermula dengan Pusat Jagaan Kanak-kanak dimana telah dibangunkan pada tahun 1999. Seterusnya perkhidmatan kanak-kanak diikuti dengan penubuhan tadika dan taska secara khusus.

OBJEKTIF

1. Melatih dan mendidik kanak-kanak dengan ilmu-ilmu yang bersesuaian dengan peringkat umur.
2. Mengembangkan potensi kanak-kanak dari segi intelek, rohani dan jasmani yang sesuai.
3. Memahami dan mengamalkan nilai-nilai murni melalui penghayatan konsep iman, akhlak, tatabudi dan perilaku yang baik.

MISI

MENYEDIAKAN SISTEM PENDIDIKAN UNTUK MELAHIRKAN GENERASI YANG BERILMU, BERAKHALAK MULIA DAN BERKETERAMPILAN

VISI

MENYEDIAKAN SATU SISTEM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK YANG BERKUALITI

TENAGA PENGAJAR/PENGASUH

Tenaga pengajar berkelayakan, berpengalaman, gigih dan komited terhadap prinsip dan nilai murni juga telah menghadiri kursus kursus yang bertauliah.

PENGASUHAN / PEMBELAJARAN

1. Memberi penekanan awal kearah perkembangan lokomotor dan psikomotor
2. Mengembangkan pembentukan motor halus dan motor kasar
3. Membina sikap jati diri
4. Mengasah penajaman penggunaan deria
5. Komputer (program khas “future kids” atau sebagainya)
6. Aktiviti – aktiviti senaman yang sihat
7. KelasI qra’ (mengaji) juga disediakan pada setiap Isnin, Selasa dan Rabu
8. Bimbingan membaca dengan menggunakan kaedah “one-to-one”
9. Membina dan mengawal emosi

ORGANISASI PENGURUSAN TASKA

Nama pengusaha: Suhaili binti Othman
Umur : 38 tahun (2015)
Pengalaman:
- Telah mengikuti pelbagai kursus asas asuhan kanak-kanak termasuk Kaunseling kanak-kanak, psikologi kanak-kanak dan pendidikan asas kanak-kanak.
- Selain itu, telah memegang jawatan Presiden dalam Persatuan Pengasuh Negeri Melaka pada tahun 2008-2011.
- Seterusnya, sedang menyandang jawatan Presiden Persatuan Tadika Swasta Negeri Melaka sejak tahun 2010.

Tugasan:

1. Membina sistem pendidikan dan pengajaran taska
2. Mengurus dan mentadbir taska
3. Memastikan perjalanan taska berjalan lancar
4. Mengadakan “in-house-training” untuk semua kakitangan ditempat sendiri
5. Memastikan system pembelajaran kanak-kanak berjalan seperti sepatutnya

  Perkhidmatan Tambahan Yang Kami Sediakan Untuk Pendidikan Anak Anda